Tuesday, 19 July 2011

Program Sister School Dengan Changwon Towol High School, Pusan, Korea


Tarikh: 13-19 Julai. Konsep: Homestay dengan keluarga murid SMK Seri Hartamas. Aktiviti: Lawatan ke tempat-tempat menarik di ibu negara (KLCC, Putrajaya, Pejabat PM, Istana Budaya, Balai Seni, PasarSeni, dll), mengenali budaya seni Malaysia (mencanting dan mewarna batik di Pesta Flora 2011, dikir barat, zapin, tarian kipas dan bangra), perlawanan persahabatan (futsal) dan mengikuti perjalanan p&p seperti murid-murid di sekolah Malaysia. Kunjung balas lawatan ke Korea pula sedang dirancang. Korea mempunyai sistem pendidikan yang kedua terbaik di dunia selepas Finland. Semoga SMK Seri Hartamas berjaya dalam program pengantarabangsaan ini.

Kursus Transformasi Pendidikan oleh BTN untuk Guru-guru SMK Seri Hartamas


Tarikh: 8-10 Julai. Tempat: Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sg Rambai, Melaka. Bestnya.....mengeratkan hubungan antara guru/staf. YDP PIBG pun join sama. Jurulatih dan fasilitatornya best....Exploracenya mencabar. Bagi saya kursus ini amat berjaya. Jom semua guru SMKSH kita mesti transform dari guru biasa-biasa kepada guru hebat...

Monday, 18 July 2011

Pengetua: Dilema antara tugas di luar dengan tugas di sekolah

Sejak akhir-akhir ini sering timbul dilema dalam diri seorang pengetua di wilayah terbilang ini - antara tugas di sekolah dengan arahan untuk menghadiri kursus/mesyuarat di luar. Lepas satu,  satu kursus yang perlu dihadiri atas arahan surat dari pihak atasan sehingga tidak sempat untuk memantau perjalanan agenda penting di sekolah seperti  program peningkatan prestasi, perjalanan aktiviti kokurikulum, penyelenggaraan dan sebagainya. Kesannya apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti program kurang berkesan kerana kurang pemantauan maka tindakan penambahbaikan dapatkah dirancang dan dilaksanakan? Dalam hal ini di manakah kepincangannya? Pengetua perlu berada di sekolah dan menjalankan tugas pemantauan (yang sering didakwa oleh pemantau-pemantau diabaikan oleh pengetua-pengetua) atau menghabiskan lebih banyak masa menghadiri tugas di luar?

Profesion Keguruan

Guru....guru....banyak betul keluhan dan kritikan tentang profesion ini. Berbeza dengan zaman saya belajar dulu....guru pada masa itu diletakkan pada darjat yang begitu baik. Tidak ada insiden ibu bapa menyerang guru di sekolah. Tugas mendidik diberi kepercayaan penuh kepada guru-guru. Apa kata guru itulah arahan yang anak-anak wajib patuhi.....namun kini di manakah silapnya menyebabkan guru-guru berasa seperti hilang kepentingan....Silap sistem latihankah? Atau masyarakat semakin kritikal? Atau guru sekarang kurang berkualiti?